Seni Khat
mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan
tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi
Muhammad S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus
kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu
keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi
lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian
manusia lantaran keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya.
Seni
Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara
keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli,
ilmu keduniaan dan keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah
apabila ia digunakan untuk menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat
Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak
dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.
Cara penulisan khat juga berlainan antara satu sama lain samaada dari segi bentuk, kaedah penulisan yang semuanya memerlukan ilmu khusus untuk mendalaminya. Di bawah ini ditunjukkan beberapa jenis khat yang banyak diguna pakai untuk tujuan penerbitan dan sumber pengajaran.
No comments:
Post a Comment