islamic glitter photo: islamic aa3.gif

Monday 30 January 2017

GALERI KHAT






















Seni Khat dalam Tulisan

Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya.

Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.


Cara penulisan khat juga berlainan antara satu sama lain samaada dari segi bentuk, kaedah penulisan yang semuanya memerlukan ilmu khusus untuk mendalaminya. Di bawah ini ditunjukkan beberapa jenis khat yang banyak diguna pakai untuk tujuan penerbitan dan sumber pengajaran.





Sunday 22 January 2017

JENIS-JENIS KHAT




Jenis-Jenis Khat

1. Khat Nasakh
2. Khat Nasakh Hadith
3. Khat Nasakh Akhbar
4. Khat Nasakh Khafif
5. Khat Thuluth 'Adi
6. Khat Thuluth Jali Muta'akisah (Cermin)
7. Khat Thuluth Jali Mutarakibah (Tersusun)
8. Khat Thuluth Mahbuk
9. Khat Thuluth Handasi
10. Khat Thuluth Mutanazir
11. Khat Thuluth Khafif
12. Khat Thuluth Mu’tad
13. Khat Req’ah @ Riq'ah
14. Khat Farisi @ Nasta’liq
15. Khat Farsi Mutanazir
16. Khat Farsi Mukhtazil
17. Khat Dewani
18. Khat Dewani Mutarabit
19. Khat Dewani Jali
20. Khat Dewani Jali Hamayuni
21. Khat Dewani Jali Zauraq
22. Khat Syekestah
23. Khat Tughrak
24. Khat Ijazah
25. Khat Hurr
26. Khat Kufi Fatimi
27. Khat Kufi Mushafi
28. Khat Kufi Fatimi
29. Khat Kufi Qairawani
30. Khat Kufi Nisaburi
31. Khat Kufi Musattar
32. Khat Kufi Musyakkal
33. Khat Kufi Muwarraq
34. Khat Kufi Muzahraf
35. Khat Kufi Muzaiyan
36. Khat Kufi Madhfur
37. Khat Kufi Andalusi
38. Khat Kufi Mamluki
39. Khat Kufi Muhaqqaq
40. Khat Kufi Bassit
41. Khat Kufi Ayyubi
42. Khat Kufi Mutalasiq
43. Khat Kufi Muta’assir bil Rasm
44. Khat Kufi Murabba'
45. Khat Tajj
46. Khat Nabti Arab
47. Khat Hijazi @ Madani @ al-Darij
48. Khat al-As’ar
49. Khat Asyribah
50. Khat al-Sami’i
51. Khat Narjisi
52. Khat Thuluthain
53. Khat Tumar
54. Khat Hafifuth Thulus
55. Khat Riqa’
56. Khat Tauqi’
57. Khat Thaqil Thuluth
58. Khat Mufattah
59. Khat Zamburi
60. Khat al-Haram
61. Khat al-Uhud
62. Khat Sijillat
63. Khat Mu’amarat
64. Khat al-Mansyur
65. Khat al-Dibaj
66. Khat Syami
67. Khat al-Jalil
68. Khat al-Mudammirat
69. Khat al-Khirfaj
70. Khat al-Marsa’
71. Khat al-Riasi
72. Khat al-Qhabbar
73. Khat al-Nisf
74. Khat Nisf Khafif
75. Khat al-Haliyah
76. Khat al-Mudawwar al-Kabir
77. Khat Musalsal
78. Khat Musalsal al-Tauqi’
79. Khat Ghubar al-Hibah
80. Khat al-Muhammad
81. Khat al-Hawaiji
82. Khat al-Qasas
83. Khat al-Jinah
84. Khat Raihan
85. Khat Muhaqqaq
86. Khat Zahab
87. Khat al-Matan
88. Khat Muqlah
89. Khat Lu’lui
90. Khat al-Asy’ar
91. Khat al-Wasy
92. Khat al-Mudammij
93. Khat Mu’allaq
94. Khat al-Muqtarin
95. Khat Siaqat Sumbulu
96. Khat Sunbuli
97. Khat Sahifah
98. Khat Moalla
99. Khat Maghribi
100. Khat Sini (China)
101. Khat Wissam
Antara sumber bacaan:
Seni Khat, Keindahan Dalam Kepelbagaian “Sejarah, Tokoh dan Karya” oleh Jainal Sakiban
Buku Koleksi Seni Khat Jawad Sabti
Buku-buku rujukan Seni Khat (koleksi rujukan peribadi)
Nota-nota (bahasa arab) mengenai Seni Khat

Wednesday 18 January 2017

SEJARAH KHAT

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat, merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Selain penyampai mesej dakwah, khat juga merupakan jalan untuk merehat dan menajamkan minda, di samping sebagai jalan untuk mendapat rezeki.
Sungguhpun begitu, terdapat banyak lagi faedah sehingga pernah dinyatakan oleh seniman arab bahawa khat sebagai sebuah abstraksi, ilmi, falsafi dan seni.Memandangkan tulisan-tulisan sebelum kemunculan khat Arab kebanyakannya dalam bentuk segi dan berpetak, sudah tentu khat Arab yang pertama terwaris adalah dari jenis keturunan yang serupa. Oleh itu, khat Arab dalam bentuk pertamanya adalah dari jenis Khat Kuufi Klasik dan Khat Hijaazi.
Sebelum kedatangan Islam, dunia penulisan Arab tidaklah serancak dengan zaman selepasnya kerana ia hanya tertumpu pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Khat kaum Nibti yang diwarisi oleh orang Arab hanya dipecah kepada dua bentuk sahaja iaitu Khat Kuufi dan Khat Jazm (Khat Hijaazi). Setelah datangnya Islam, tabiat Islam itu sendiri yang sememangnya mengajak manusia kepada cintakan ilmu pengetahuan ditambah pula aktiviti pencatatan Wahyu Ilahi pada masa hayat Baginda S.A.W. telah menyemarakkan perkembangan khat Arab. Daripada khat Kuufi dan Hijaazi, ia terpecah kepada beberapa bentuk,antaranya Kuufi Masyaq, Kuufi Madani, Kuufi Basiit, khat Hijaazi Daarij dan khat Makki Madani.
Pada zaman itu, kesemua jenis khat yang ada mempunyai ciri-ciri antaranya tidak bertitik, tidak berbaris dan penyusunan yang tidak teratur.Pada zaman Khulafa Al-Rasyidin, khat Arab telah diperkembangkan kepada pelbagai bentuk dalam rumpun Kuufi seperti Kuufi Klasik, Shaami, Basri, Al-Asfaraaani, Al-Mash'ab, Al-Samni, Al-Qairamuuz dan lain-lain.Khat pada zaman ini lebih teratur walaupun tanpa bertitik dan berbaris.Apabila Saidina Uthman R.A. mengisytiharkan pembukuan Al-Quran, baginda memperkemas tanda dan perundangan dalam al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Dalam seni mushaf al-Quran, tulisan khat penting kerana merakamkan segala ayat Tuhan. Kegagalan menyalin al-Quran dengan khat yang baik, jelas, dan tepat bermakna tidak kesampaianlah maksud al-Quran dalam erti kata yang luas.
Bentuk tulisan khat ketika itu adalah khat Kuufi Klasik yang tidak bersambung dan mungkin sukar dibaca pada hari ini. Mengikut sejarah, penulisan khat ini dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, hasil ilham mimpi seorang sufi. Ia dinamakan Kuufi, iaitu tulisan yang tidak bercantum dan dinamakan sedemikian sebagai tanda penghargaan kepada bandar Kufah.Gaya khat Kuufi digunakan selama lebih kurang tiga abad. Ketika ini, yang menguasai seni dalam Al-Quran adalah kekuatan khatnya dan tidak pada hiasan yang terdapat pada jidar kepala sesuatu lembaran berhias. Lebih kurang pada kurun ke-4 Hijrah, khat Kuufi beransur-ansur digantikan oleh khat Naskh hingga kini. Khat Naskh melahirkan pelbagai gaya tulisan dengan diberi nama yang berlainan. Hal ini tidak pula bermakna bentuk seni khat lain tidak digunakan untuk menyalin ayat al-Quran. Seni khat yang lain seperti Thuluth, Muhaqqa, dan Rayhani digunakan pada tajuk surah sahaja. Kini, khat Naskh diterima sebagai bentuk tulisan baku dalam menyalin al-Quran.
Zaman kerajaan Umawiyah telah menyaksikan pembangunan ketara seni khat Arab, antaranya kemunculan dua bentuk khat yang baru selepas Kuufi iaitu Khat Thuluth dan Khat Nasakh. Selain Khat Thuluth, terdapat khat-khat yang lain yang seakan-akan mirip dengan Khat Thuluth seperti Khat Toomar, Tauqi', Muhaqqaq, Thuluthain, Jalil, Musalsal dan sebagainya. Khat Nasakh pula muncul dari cabangan Khat Daarij semasa zaman permulaan Islam. Pada abad ini, seni khat menyaksikan banyak perubahan antaranya ialah peletakan sistem titik dan baris di samping kemunculan ramai pakar-pakar penulis khat, antaranya Imam Hasan al-Basri, Malik bin Dinar dan Ibnu Hasan al-Maliih.Tulisan khat terus berkembang pada zaman Kerajaan Abbasiyah, Fatimiyah dan Uthmaniyah. Sebagaimana ketiga-tiga zaman ini terkenal sebagai zaman kegemilangan peningkatan taraf ilmu, begitu juga berlaku kepada dunia Khat Arab. Dikatakan lebih daripada 50 cabangan Khat yang terhasil pada zaman ini yang dikembangkan melalui bentuk-bentuk yang lama.
Antara bentuk baru yang muncul ialah Khaat Ta'liq dan Nasta'liq, Nasakh Badi', pelbagai cabangan Kuufi dan sebagainya. Pada kurun ke-10, seni khat tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan ini terdiri daripada beberapa jenis, iaitu khat Kuufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth dan Khat Riqa. Pada kurun ke-16 dan 17, seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda dan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.
Mushaf-mushaf Uthmani pada waktu itu muncul dengan pelbagai rupa bentuk khat sementara penulis-penulis khat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di antara ketiga-tiga zaman ini, zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah zaman yang paling ketara dalam peningkatan seni khat di mana ia telah dieksploitkan sebagai bidang kesenian dan kecantikan selain daripada penyampai maklumat. Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, warisan seni khat yang kebanyakannya yang berpusat di Turki telah berpecah ke serata Tanah Arab. Akhirnya, tahun demi tahun, benluk-bentuk khat yang banyak tadi telah dihadkan kepada beberapa bentuk tertentu sahaja. Had ini dibuat bagi menetapkan jenis-jenis khat yang kemas teratur, cantik dan berseni untuk diguna pakai oleh masyarakat umum. Untuk itu, khat-khat yang kekal hingga sekarang ialah khat Riq'ah, Diwani, Diwani Jaliy, Ta'liq, Nasta'liq, Thuluth, Nasakh dan Kufi.